Monday, December 3, 2012

Pengakhiran Perjalanan Kongres, Permulaan Perjalanan Pengamal Pengubatan Islam


Salam semua,

Telah tamat Kongres Pengubatan Islam Nusantara kali pertama (KOPI-01) semalam. Kami AJK KOPI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Juga tidak lupa juga kepada para peserta yang hadir memeriahkan suasana program ini. Diharapkan sidang-sidang pembentangan oleh ahli-ahli panel yang berwibawa memberi input dan manfaat yang cukup berguna kepada pengamal pengubatan Islam yang hadir.

Manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Dari itu, kami ingin memohon kemaafan kepada semua pihak terutamanya para peserta di atas kekurangan dan kesilapan yang ada sepanjang kongres ini berlangsung. Diharapkan ianya tidak mematahkan semangat Datuk/Datin/tuan/puan untuk menghadiri kongres ini buat kali kedua, sekiranya ada rezeki insyaAllah :)

Bagi peserta yang belum menerima sijil penyertaan, insyaAllah kami akan siapkan secepat mungkin dan akan menghantarnya melalui pos.

Semoga Allah melindungi dan merahmati anda semua. Amin

ADMIN

Saturday, December 1, 2012

Perasmian KOPI

Sekarang sedang berlangsungnya majlis perasmian Kongres Pengubatan Islam Nusantara yang akan dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekarang Ustaz Fauzi Mustafa selaku pengerusi GAPIMA membentangkan resolusi GAPIMA.

Sidang Pembentang Ke-2

Sidang Pembentang oleh Ustaz Ali Hassan Mohd Said dgn tajuk "Menyelusuri Amalan Perubatan Tradisional di Brunei : Penggunaan Jantung dan Ambok Sagubang"

Sessi pertama hari kedua Kongres

Sidang Pembentangan dari Ustaz Mohd Suhaimi Rozaili dgn tajuk "Sihir dan implikasinya terhadap kehidupan ummah"

Sidang ke 3 Pembentangan KOPI

Sidang ke 3 Pembentangan KOPI oleh Ustaz Sharhan Shafie