Objektif
- Mempertemukan dan membina jaringan di kalangan komuniti pengubatan Islam dari kalangan negara-negara rantau Asia Tenggara.
- Mendapat maklumat dan sumber ilmu yang lebih autentik dari pelbagai sumber berdasarkan pembentangan dan kertas-kertas kerja yang disampaikan mencakupi pelbagai sub bidang pengubatan islam.
- Menjadi platform untuk bertukar-tukar fikiran dan pandangan serta pengalaman yang dilalui di kalangan para pembentang dan peserta kongres.
- Memperkukuhkan hubungan dan jalinan silaturrahim di kalangan para pengamal di pelbagai Negara dan pusat pengubatan Islam.
- Mencari kaedah terbaik dalam menyelesaikan pelbagai isu berkaitan pengubatan Islam agar para pengamal dan anggota masyarakat terhindar dari unsur-unsur yang boleh membawa kesyirikan dan kekufuran di samping mengajak masyarakat kembali kepada rawatan Islam.
- Membuka ruang ke arah memperkenalkan subjek berkaitan perubatan Islam di institusi-institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta.