Tuesday, November 27, 2012

Peta ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Salam semua,

Mesti ramai tertanya-tanya macammana nak pergi ke tempat kongres berlangsung kan? Klik link di bawah:

Peta ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

P/S : Pada cuti hujung minggu, hanya 2 pintu sahaja dibuka, iaitu Gate KL (sebelah Masjid al-Rahman) dan Gate PJ (berdekatan dengan PPUM-Pusat Perubatan Universiti Malaya). Harap jangan masuk melalui pintu lain sebab semuanya tutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Sekian, terima kasih

ADMIN

Thursday, November 15, 2012

Peluang Untuk Mempromosi Produk Tempatan


Salam semua,

Sepanjang 2 hari KOPI berlangsung, pihak urusetia ada menawarkan sebanyak 14 tapak pada sesiapa yang berminat untuk membuka booth bagi mempamerkan produk2 kesihatan keluaran mereka sendiri seperti herba, ubat-ubatan dsb. Ini merupakan peluang kepada pengusaha-pengusaha herba / pengamal pengubatan Islam untuk mempromosikan produk2 mereka. Setakat ini sudah 3 terjual dan bagi yang berminat boleh hubungi Ustaz Shari Chek di talian 013-3880214.

CEPAT, CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!

ADMIN

Tuesday, October 23, 2012

SIDANG PEMBENTANGAN KONGRES

Salam kepada semua peserta dan bakal peserta,

Berikut adalah senarai pembentangan sepanjang 2 hari kongres ini berlangsung. Kesemua pembentang mempunyai latar belakang pengubatan Islam yang menarik untuk kita kongsi bersama.

Tentatif Program

Salam semua peserta dan bakal peserta,

Berikut adakah tentatif program Kongres Pengubatan Islam Nusantara :

Wednesday, October 17, 2012

Pengumuman

Salam semua,

Alhamdulillah, hampir 200 peserta telah membuat tempahan untuk menyertai kongres ini. Masih ada lagi tempat kosong yang boleh diisi. Masih banyak tempat terutama orang awam yang ingin menyertai kongres ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya siapakah pembentang-pembentang semasa kongres nanti? Siapa pula perasmi dan yang akan membuat ucaptama di hari pertama kongres?

Semua itu nanti akan dihebahkan dalam masa terdekat. Sila bersabar dan insyaAllah para pembentang semuanya mempunyai kepakaran masing-masing dan juga berpengalaman luas dalam bidang perubatan Islam. Amat beruntung pada semua yang akan menjalani kongres ni nanti.

Sekian.

Admin