Monday, December 3, 2012

Pengakhiran Perjalanan Kongres, Permulaan Perjalanan Pengamal Pengubatan Islam


Salam semua,

Telah tamat Kongres Pengubatan Islam Nusantara kali pertama (KOPI-01) semalam. Kami AJK KOPI ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini. Juga tidak lupa juga kepada para peserta yang hadir memeriahkan suasana program ini. Diharapkan sidang-sidang pembentangan oleh ahli-ahli panel yang berwibawa memberi input dan manfaat yang cukup berguna kepada pengamal pengubatan Islam yang hadir.

Manusia tidak terlepas daripada kesilapan. Dari itu, kami ingin memohon kemaafan kepada semua pihak terutamanya para peserta di atas kekurangan dan kesilapan yang ada sepanjang kongres ini berlangsung. Diharapkan ianya tidak mematahkan semangat Datuk/Datin/tuan/puan untuk menghadiri kongres ini buat kali kedua, sekiranya ada rezeki insyaAllah :)

Bagi peserta yang belum menerima sijil penyertaan, insyaAllah kami akan siapkan secepat mungkin dan akan menghantarnya melalui pos.

Semoga Allah melindungi dan merahmati anda semua. Amin

ADMIN

Saturday, December 1, 2012

Perasmian KOPI

Sekarang sedang berlangsungnya majlis perasmian Kongres Pengubatan Islam Nusantara yang akan dirasmikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekarang Ustaz Fauzi Mustafa selaku pengerusi GAPIMA membentangkan resolusi GAPIMA.

Sidang Pembentang Ke-2

Sidang Pembentang oleh Ustaz Ali Hassan Mohd Said dgn tajuk "Menyelusuri Amalan Perubatan Tradisional di Brunei : Penggunaan Jantung dan Ambok Sagubang"

Sessi pertama hari kedua Kongres

Sidang Pembentangan dari Ustaz Mohd Suhaimi Rozaili dgn tajuk "Sihir dan implikasinya terhadap kehidupan ummah"

Sidang ke 3 Pembentangan KOPI

Sidang ke 3 Pembentangan KOPI oleh Ustaz Sharhan Shafie

Friday, November 30, 2012

Sidang Pembentang Sessi 2

Baru sahaja lepas sidang pembentangan sessi 2 dari Darissyifa' Warrafahah.

Sessi Pembentangan ke - 2

Sessi pembentangan kedua sedang berjalan oleh Dr Jahid Hj Sidek dengan tajuk "Rawatan Bedah Batin dan Perspektif Islam Mengenainya"


Tuesday, November 27, 2012

Pemakaian Peserta

Ada yang bertanya berkenaan dengan etika pemakaian semasa menghadiri kongres ini. Pihak urusetia tidak menetapkan sebarang peraturan pemakaian peserta. Yang penting ianya sopan dan menutup aurat :)

Namun sekiranya ada sesetengah datang berkumpulan dan ingin memakai pakaian seragam mereka, dipersilakan. Nampak meriah sikit kan??

ADMIN

Peta Lokasi Versi Google Map

Peta ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

Salam semua,

Mesti ramai tertanya-tanya macammana nak pergi ke tempat kongres berlangsung kan? Klik link di bawah:

Peta ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya

P/S : Pada cuti hujung minggu, hanya 2 pintu sahaja dibuka, iaitu Gate KL (sebelah Masjid al-Rahman) dan Gate PJ (berdekatan dengan PPUM-Pusat Perubatan Universiti Malaya). Harap jangan masuk melalui pintu lain sebab semuanya tutup pada hari Sabtu dan Ahad.

Sekian, terima kasih

ADMIN

Thursday, November 15, 2012

Peluang Untuk Mempromosi Produk Tempatan


Salam semua,

Sepanjang 2 hari KOPI berlangsung, pihak urusetia ada menawarkan sebanyak 14 tapak pada sesiapa yang berminat untuk membuka booth bagi mempamerkan produk2 kesihatan keluaran mereka sendiri seperti herba, ubat-ubatan dsb. Ini merupakan peluang kepada pengusaha-pengusaha herba / pengamal pengubatan Islam untuk mempromosikan produk2 mereka. Setakat ini sudah 3 terjual dan bagi yang berminat boleh hubungi Ustaz Shari Chek di talian 013-3880214.

CEPAT, CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!

ADMIN

Tuesday, October 23, 2012

SIDANG PEMBENTANGAN KONGRES

Salam kepada semua peserta dan bakal peserta,

Berikut adalah senarai pembentangan sepanjang 2 hari kongres ini berlangsung. Kesemua pembentang mempunyai latar belakang pengubatan Islam yang menarik untuk kita kongsi bersama.

Tentatif Program

Salam semua peserta dan bakal peserta,

Berikut adakah tentatif program Kongres Pengubatan Islam Nusantara :

Wednesday, October 17, 2012

Pengumuman

Salam semua,

Alhamdulillah, hampir 200 peserta telah membuat tempahan untuk menyertai kongres ini. Masih ada lagi tempat kosong yang boleh diisi. Masih banyak tempat terutama orang awam yang ingin menyertai kongres ini.

Mesti ada yang tertanya-tanya siapakah pembentang-pembentang semasa kongres nanti? Siapa pula perasmi dan yang akan membuat ucaptama di hari pertama kongres?

Semua itu nanti akan dihebahkan dalam masa terdekat. Sila bersabar dan insyaAllah para pembentang semuanya mempunyai kepakaran masing-masing dan juga berpengalaman luas dalam bidang perubatan Islam. Amat beruntung pada semua yang akan menjalani kongres ni nanti.

Sekian.

Admin

Wednesday, September 26, 2012

Maklumat Terkini

Penyertaan masih lagi dibuka kepada orang awam dan ahli Darussyifa.

Pada anda yang masih belum mendaftar, lakukan segera sebelum penuh. Boleh layari di blog kami untuk mengetahui proses pendaftaran dan pembayaran.


SIAPA CEPAT DIA DAPAT!!!

Sunday, September 9, 2012

PENDAFTARAN PESERTA KONGRES


PENDAFTARAN PESERTA
KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA
 (KOPI-01)
Tarikh:
1 -2 Disember 2012
Anjuran:
Persatuan kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI_Darussyifa’))
Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM (APIUM)
Tempat: 
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya

Thursday, July 26, 2012

ASSALAAMUALAIKUM SEMUA AHLI DARUSSYIFA DAN AHLI GAPPIMA

Pihak penganjur Kongres mengalu-alukan penyertaan saudara/ri baik sebagai peserta mahupun sebagai pembentang dalam kongres nanti. Penyertaan dianggarkan seramai 800 orang. Memandangkan tempat agak terhad, maka digalakkan membuat pendaftaran lebih awal.



PENGUMUMAN KOPI

KONGRES PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA AKAN BERLANGSUNG PADA 1 DAN 2 DISEMBER 2012 BERTEMPAT DI AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA. PIHAK PENGANJUR MENJEMPUT TUAN/PUAN UNTUK MENYERTAI KONGRES YANG JULUNG2 KALI DIADAKAN DI RANTAU INI