PENDAFTARAN
PESERTA
KONGRES
PENGUBATAN ISLAM NUSANTARA KALI PERTAMA
(KOPI-01)
Tarikh:
1 -2 Disember 2012
Anjuran:
Persatuan kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (PKPI_Darussyifa’))
Gabungan Pengamal Pengubatan Islam Malaysia (GAPPIMA)
Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian
Islam, UM (APIUM)
Tempat:
Kongres ini akan mempertemukan para pengamal dan mereka yang terbabit
secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pengubatan Islam
berteraskan al-Tibb al-Nabawi di
rantau ini. Para peserta akan didedahkan dengan pembentangan kertas-kertas
kerja yang merangkumi hampir semua aspek berkaitan pengubatan Islam baik
bersifat tradisional mahupun kontemporari.
Yuran Penyertaan :
Pembentang Jemputan (Tiada bayaran)
Peserta Awam (RM 200.00)
Pelajar dan ahli
Darussyifa’ (RM 150.00)
Antara topik-topik yang akan
dibahaskan dalam kongres ini adalah seperti berikut:
a) Penggunaan Ruqyah al-Syar`iyyah sebagai asas rawatan.
b) Sumber pengubatan Islam.
c) Kaedah dan teknik rawatan penyakit rohani dan jasmani.
d) Penggunaan bahan rawatan.
e) Etika dan peraturan berkaitan pesakit dan perawat.
f) Pengurusan pusat rawatan pengubatan dan kesihatan.
g) Penanaman dan pengeluaran produk herbal dan non-herbal
h) Teknik dan kaedah pemprosesan ubat.
i) Pengubatan komplementari (cth: Bekam Sunnah)
j) Konsep dan Perbandingan antara rawatan Islam dan alopati.
Kepada ahli-ahli Darussyifa’, GAPPIMA, APIUM dan lain-lain yang ingin
membentangkan kertas kerja berkaitan topik-topik di atas dipersilakan
menghubungi Pengarah Kongres ( Dr Abdullah Yusof – 0136720840 atau Setiausaha
Kongres (Utz Badruhisham – 0133420401) untuk pengesahan tajuk.
Semua pelajar dan ahli Darussyifa’ dipersilakan menyertai kongres ini,
manakala semua pusat rawatan Darussyifa’ seluruh Malaysia diminta menghantar
penyertaan sekurang-kurangnya lima (5) orang. Memandangkan tempat adalah
terhad, maka pengesahan peserta hendaklah dilakukan sebelum 15 November 2012.
Penulis kertas kerja dan pembentang dikehendaki mengesahkan pembentangan
dengan menghantar abstrak selewat-lewatnya pada 10 November 2012.